Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perkenalan dari saya Nur Hisham Bin Mohd Hazam. Dikalangan sahabat mengenali diri ini sebagai sham @ chang. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Setiu, Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Buluh, Setiu. Kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim, Setiu sehingga Tingkatan 3. Saya telah mendapat tawaran ke tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, Kuala Terengganu di dalam jurusan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Selepas tamat peperiksaan Sijil Penilaian Menengah, saya ditawarkan menyambung pengajian di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan selama dua tahun dalam bidang Sijil Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di dalam bidang Elektronik di Politeknik Kota Bharu, Kelantan secara sambilan selama 2 tahun. Sekarang saya menyambung pengajian secara sambilan di bawah tajaan MARA di OUM Kuantan dalam bidang Bachelor of Information Technology with Network Computing (Hons) [ BITN ]
Blog ini berdasarkan pengalaman saya dalam arena memancing dan ingin mengembangkan lagi rakan2 yg sudah lama berkecimpung dalam dunia hanyir ini baik dari air tawar dan tengah laut.. Masih lagi kehausan dalam menimba ilmu petua serta teknik2 memancing.. Diharap komen, idea dan pendapat anda dapat memahirkan lagi dan merapatkan silaturrahim.. Terima kasih juga bagi yang sudi melawat dan membaca story dlm blog ini..
"Biarkan Mimpi Kita Berlainan Asalkan Dapat Tidur Sebantal".
"Biarkan Mimpi Kita Berlainan Asalkan Dapat Tidur Sebantal".
Sekian, wassalam







